Wednesday, April 13, 2016

Trip to Korea! Day 3

Hi! Still here since i have the mood for blogging haha. Jom sambung hari ketiga. Ha! Lupa nak cakap, since its winter nak bagi tips skincare sikit;

Kena pakai lotion satu badan sampai kaki and tangan semua;
Kena pakai lip balm/vaseline or any lip product;
Muka tu apply, sunblock, garnier cream.

Tiga benda ni wajib buat before keluar, or else tangan korang naik ruam, bibir pecah and dapat natural black lip liner (this is serious) and muka korang kering. I share this because my friends had got this and im not excluded (lap air mata).

Okay dah siap spray perfume, tepek bedak sikit kita naik subway! Hari ketiga ni kitaorang nak jalan jalan. Since namdaemun market beza satu station je from seoul so why not?? Hehe. Kalau subway dorang ni sekali naik 1050won tak silap and charge dia akan naik setiap 10km korang naik.


While waiting for the subway;

Lol, actually subway tu ada every 5mins kot kalau peak hour 3mins dah ada. Dorang ni memang gunakan peribahasa masa itu emas, even beza 3mins sanggup dorang lari nak kejar train tu. Kat sini kitaorang dah biasa kena langgar bahu semua sebab relaks sangat bila jalan hahahahha.

Sampai dah namdaemun market, shades on!

While waiting for liyana;


Dah sampai! Kalau pagi macamni sejuk dia macam okaylagi. Nampak je terik kan tapi sejuk tetap 3 celcius haha. Dekat namdaemun market ni lah macam jalan tar which is korang boleh beli barang barang murah untuk parents korang sebab dekat sini mostly ahjumma(makcik) and ahjussi(pakcik) yang jual and dorang lebih friendly untuk korang dapat diskaun and DORANG SANGAT FAMILIAR dengan orang Malaysia serious. Haha.

Nak ajar trick sikit, some of them memang tak suka kalau korang sentuh barang dorang without buying it, so think twice. Bila korang macam berminat untuk beli baru tanya, tapi bila korang dah tanya dorang akan all out promote barang tu semua so that korang pasti beli! And bila nak tolak tu rasa macam kesian and ended up korang akan beli...

Massive thanku dekat liyana, sebab ada dengan kitaorang, and tolong tanya harga and translate balik apa ahjuma/ssi cakap dekat kitaorang haha. Then, bila jalan sikit, kitaorang nampak satu kedai kasut, kedai kasut tu takda special pun cuma yes TERUJA hahahaha sebab dapat tengok boots yang murah gila. And... i bought it.

Dah beli satu barang, mana cukup!! Untuk barang-barang yang dibeli i'll make special post for it. So sekarang just cerita kitaorang jenjalan jelah eh haha. Lepastu jalan sikit, jumpa kedai stoking yang comel and murah! satu sock kitaorang boleh dapat dlm 800won, lagi banyak korang beli, lagi murah bleh dapat dekat namdaemun, and buat muka cute sikit mesti dapat murah haha.

Phrase yang wajib korang tahu masa nak beli-- "kaka juseyo" (nak diskaun pls)


Jalan punya jalan, tiba tiba jumpa gerai fishcake, (omuk). Lepastu liyana tanya nak try tak, kitaorang macam mestilah nakkkkkkk!! Hahaha, then liyana tolong orderkan and kitaorang bayar. 

First street food in korea! 


I would give 10/10 for this fishcake! Sedap gila i can cry a river! Fishcake ni harga dia 1000won, ibarat seringgit dorang but rm3.60 kita hahahahahhahahaahahha. Tolong jangan convert duit kita bila nak beli makanan memang mahal melampau haha.


Fresh fruits!

Then jalan punya jalan, jumpa buah! Tolong fokus dekat strawberries pls. Murah gila woi kalau convert duit malaysia dapat banyak tu!!! Plus the strawberries wont let u down. Manis gila gila aih, ni nak duduk sana ni (packing bag nak balik korea).

While looking at the map (liyana je pun faham cough cough)

Random street at namdaemun!


Kedai shomels dekat namdaemun hihi 

Bila dah puas jalan jalan dekat namdaemun, kita pergi Ewha university pulak! Tangan dah start cramp sebab pegang banyak sangat barang kaki pun lenguh sebab penat jalan hahahaha. Nak makan lambat lagi... Tapi demi ewha kita sanggup kan. Otw nak pergi ewha tu, jumpa banyak gila street fooood! 

Gyeranpang (egg bread) 1000won.

Dia macam egg tart dalam dia ada custard, jangan makan ni time kenyang rasa muak gila i suggest hahaha. Dekat ewha ni best shopping untuk perempuan sebab area university perempuan and baju dia memang up to date, and socks dekat sini lagi cantik cantik!!!!!!!!!!!!!!! Lagi cantik dari namdaemun sebab dia ikut style lah haha. But! Before teruskan jalan, Liyana lapar and dia bawa kitaorang makan sebab dulu dia pernah study ewha so tak sesat yay!

Im dying of cuteness!!!!!!! Rugi tak borong i told u!


Tak ingat nama restaurant ni but dia familiar dgn Muslim, sebab teringin nak makan mandu(dumpling) and tanya pakcik kedai tu. Even dia sendiri state oh yang ni tak boleh makan ada daging. Im captivated by his statement wuhoo (terharu sikit)

                           
Tuna Kimbap!



Dobeokki peberet awin! haha (tak masuk dengan tekak melayu sorreh)


Burrpppppp, (gosok perut). Dah kenyang makan jom jalan jalan jalannnnnnnnnnnn, Dekat sini memang sepanjang korang jalan ada je lagu korea yang tengah hit dekat sana so memang fun gila! And mostly tempat korang jalan tu memang kereta tak lalu situ, Nah gambar kedai dekat sana --

So cuteeeeeeeeeeeeeeeee.




Setiap kedai, dorang ada pattern sendiri so macam senang nak kenal, and dekat sini korang boleh dapat baju cantik cantik for 10000won, memang berbaloi gila serious. Tapi nak cari yang suitable dgn weather malaysia tu payah sikit. Mostly kain dorang mcm sweatshirt mahu tak lencun kalau pakai kat Malaysia haha. So, i advice u utk pergi time summer baru banyak baju yang boleh pakai dekat Malaysia haha.

Lepas dah jenjalan semua, Liyana bawa kitaorang masuk Ewha university, whoop whoop. Teruja gila haha. Korang boleh masuk cuma tempat library dorang semua takleh la, masuk sampai depan tu je. Lepastu, liyana kata library dia macam dekat movie harry potter tu cuma outsiders takleh masuk hmm i is sad.

                           





Dalam building tu ada cinema! Percaya tak??



Even, uni dorang ada kedai souvenier sendiri (mata love love)

While waiting them performing their prayer, banana uyu first!


Dekat ewha ni lah, first time kena preach pasal gold, glory gospel. Hanya Allah je tahu perasaan takut tu macam mana weh. Lepastu bila cakap dengan liyana, dia kata dekat sini memang macamtu. Dorang mm kuat agama sikit. Bayangkan, dorang sampai ketuk bilik ke bilik nak tarik orang masuk agama dorang. Bila dengar liyana cerita macam tu terus hilang impian nak belajar overseas haha, (iman tak kuat mana pun)

So, be careful! Kalau orang tu tanya cakap je tak reti speak english, or buat buat bisu hahaha habis cerita. 

'Em architecture was da bomb! 

Bila dah puas jenjalan dekat ewha, kitaorang plan nak dinner dekat itaewon sebab ada masjid sekali. Yasssssssss rindu makan ayam daging hahaha. So, kitaorang gerak around 6 mcmtu. Kat sini rasa macam kejap je dah malam, haih dengki betul masa ni haish.

Kitaorang pergi mana mana semua relied on subway, dont worry tak sesat punya and kalau nak pergi itaewon masjid tu, bukan sebelah station tau haha. Korang kena naik bukit turun bukit naik bukit baru sampai haha. Memang berganda pahala orang solat jumaat kat sini.

Tenang rasanya :')

Lega gila woi dapat jumpa, dekat sini masalah paling besar bila nak amik wudhu. Memang ujian gila. Imagine lah pakai long john dengan jeans, and pakai baju berapa lapis. Nak tarik stoking tu pun tak larat kena minta tolong kawan hahahahahhaha. So kalau bercuti kena ajak kawan eh jangan pergi sorang sorang hahaha. Kalau dekat masjid ni okay lagi ada tempat wudhu, tak tengok lagi time dorang solat dekat subway station semua, amik wudhu je kena allocate masa 30mins haha. Tinggi iman kawan kawan saya alhamdulillah

Dah settle solat semua, baru makan makan makan nom! Dekat itaewon ni, bersepah makanan halal. So jangan risau and kebanyakannya jual makanan india macam naan cheese semua. Tapi, since kitaorang dekat korea takkan nak makan naan kot? Kamon ah Malaysia pun ada hahaha.

Then, kitaorang decide pergi Makan Restaurant! Dekat je dengan masjid tu. Kedai ni sedap gila especially bulgogi dia!!! (daging lembu). Sebab dekat sini je yang korang boleh jamin rasa halal untuk makan daging insyaAllah. Lupa nak cakap, lagi satu pekerja dia indonesian tak silap so cakap melayu pun ngak papa haha.


The weather yang buat saya blushing, tak pakai blusher pun hahaha.



Meal plus side dishes yang sedap melampau

Untuk satu meal, price range dia dalam 9000-15000 won, mahal woi haha. Untuk yang bulgogi tu pun share untuk dua orang cuma minta extra rice so sorang bayar 5000won okay lah. Makan kat sini jangan fikir kenyang kitaorang fikir dapat merasa dah okay haha. Tapi side dishes dia sedap, paling laku yang bulat fishcake tu! Paling tak laku and tak sentuh pun kimchi.... Hahaha sorry takleh masuk tekak melayu :'D

Lepas dah makan, Liyana ajak pergi area rumah dia. Dekat situ baru nampak apartment rumah rumah orang semua. Dekat area dia time malam ramai lah youngsters hanging out dengan kawan semua since dorang pun sem break and all. Main arcade game and all ah love the surroundings! 

Then, liyana amik baju and the necessities sebab dia tidur dengan kitaorang dekat guesthouse! Ehe, then while waiting for liyana kitaorang decide nak makan sulbing!!!!! (teruja lagi lagi lagiiii). Sulbing tu abc version korea but with a better version compare to malaysia! Including the price (cough cough)

http://en.sulbing.com/
 Can u feel ice snow, mango and cheese cubes melted in ur mouth.. (click the picture)

Walaupun sejuk tahap apa pun, kitaorang pergi korea sekali je! And this sulbing is a must try! Bcs, benda ni dah ada dalam WHAT-TO-EAT-LIST kitaorang hehe. But dont worry, dalam kedai tu ada heater, rasa macam makan kat malaysia je-er haha.

Actually, kitaorang plan nak kongsi dengan liyana but since the sorbet was dang delicious tinggal macam sikit gila kitaorang decide habiskan hahaha sorry Liyana (susun sepuluh jari). Not sure Liyana yang lambat or kitaorang yang makan cepat gila hahhaha. 

Oh lupa cakap, dessert ni 9000won (RM32) based on currency malaysia yang kitaorang dapat hahaha. But totally worth ur pennies.

Kenyang dah makan and Liyana pun dah sampai, jom balikkk! Time ni dah pukul 11 macamtu. Paling azab bila nak keluar. Since area Liyana ni jauh sikit dari seoul sejuk dia hmm takyah cakaplah and kitaorang kena jalan dlm 1KM untuk sampai station subway tadi. Takyah cerita kitaorang lari macam mana haha then time tu kitaorang sempat check weather. It stated -3 celcius BUT felt like -7celcius bcs of the wind. Kau pakai 5lapis pun bergetar tulang rusuk (padahal takde pun jodoh) HAHAHAHHAHA.

Sampai guesthouse macam biasa lah, kira perbelanjaan borak borak then sleeping mode turned on! Jumpa hari keempat!