Thursday, June 11, 2015

District 21

Assalamualaikum everyoneeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!! (nafas habis) Nampak tak betapa panjangnya i greet korang semua? Hahahaha okay that means entry ni buatkan aku TERUJA nak post untung korang korang semua.

Dengan lebam kat satu badan and tangan pun nak gerak macam robot, here i am gagahkan diri untuk taip pepanjang. Lebam bukan sebab kena dera tapi sebab........ DISTRICT 21!!

Jom jommmmmmmmmmmmmmmmmm kita baca reramai;

Okay, bismillah dimulakan. Nak pergi district ni dah lama plan cuma menunggu kawan yang nun jauh dibantinggggg (halamak jauh sangat) untuk cuti sem dengan hati yang tabah, aku sabar haha. Then, sekarang husna dah cuti apa lagi mohle kita gerak kan. Firstly kitaorang planning nak keluar dengan adlina and wani but malang tidak berbau they couldnt make it due to some issues. So thats fine tak boleh paksa then last minute plan kitaorang ajak zahirah she is dependable bab bab ngajok last minute ni, thanks Zahirah! Cayang awak ketak ketak eh?

Already inform husna, kita kena gerak pukul 10 pagi, sebab eventhough its weekdays, its on school holiday and time ni lah budak budak ramai dengan ada yang bawa groupnya. No no, ai tak minat crowded place (mentang2 bukan budak sekolah, perangai memilih mengada eh ko)

Okay then una fetched me terus ke rumah zahirah, samai rumah zahirah kita tukar kereta biasalah kereta zahirah kereta baru haha, takde banyak masalah. Kitaorang sampai ioi around 11 something. Then terus beli tiket for district 21.

Kalau korang nak tahu, District 21 ni indoor theme park consists of sports and recreation and operating hours dia pukul 10 am(school holidays) and 12pm(everyday) tapi some of the rides ada yang buka pukul 2pm macamtulah.

first sampai kita kena isi safety form yang tunjukkan korang setuju with terms and condition if anything happen then baru pergi kaunter and make your payment.




RM58 tu including socks ad gloves so its affordable and dont worry kalau nak solat ke apa sebab korang boleh keluar and re-entry balik untuk satu hari tu haa, kalau bosan bolehla keluar dulu shopping ke makan ke hahaha.

Bila masuk je tempat sebesar 70k sqft tu, macam tergamam and blur haha sebab macam eh mana satu nak pergi dulu ni haha then kitaorang plan nak singgah launch pad dia ala ala jumpstreet yang korang pergi tu haa lompat2 cam orang gila buang tenaga haha sekali dah buka kasut dia halang kitaorang.....
Kitaorang mcm eh asal takleh masuk sekali baru perasan yang stoking kitaorang tak kuning hahahaha, dia kalau nak masuk launch pad tu wajib pakai stoking yg diberi bukan untuk buat souvenier bak kata abang kata situ heh (muka menyampah) sebab dia ada grip something entahla nak haha.

Then, pergi tempat lain bawa diri yang cedeyh ni haha so after that kitaorang pergi power station. Okay dekat sini dekat dalam tu ada macam macam korang boleh try such as rock climbing, stairs, step on blocks, etc. Tapi dalam tu limit 15 person per 20 mins. So u have to line up and tunggu turn. Thankfully time kitaorang datang tu macam tak ramai sangat so cepatlah. Then korang kena pakai helmet and safety apentah lagi haha sebab benda yang korang main tu, badan korang akan attached dgn wire yang hold korang bila korang jatuh and semua guna elektrik ha tu pasal nama dia power station.


/This is what it looked like for power station\

/briefing time\


^   These one, kalau korang notice, ada certain tempat pijak tu tutup kan? Sebab, every five seconds tak silap dia akan tutup, so naik benda ni memang pressure gila, sebab korang kena gerak laju and diligently kalau tak jatuh macam aku, nampak tak? Dah jatuhla tu hahahaha. And and, sebabkan benda ni, energy drained kaw kaw punya kalah battery iphone haha.



Yang ni pun best, sebab korang akan start dari blok yang paling rendah and terus ke paling tinggi, then feel free to jump! Ada tali so lompat je its hundred percent safe! :)

Actually, ada banyak lagi yang korang boleh panjat and lompat cuma, kitaorang terlalu seronok and penat and toooooooo ugly nak pose untuk gambar haha. Tapi, bila 15mins dorang akan bunyikan horn and kitaorang kena line up utk satu amusement. 


video


Ni paling rasa jantung nak gugur sebab korang kena hold benda tu tahan sampai atas, then bila dah sampai atas, everything look small and at the same time korang taknak lepaskan benda tu hahaha, seriously, kalau korang kurus lagi laju korang turun and benda ni jugak buat badan aku sakit aish.

Then, dah habis ni we move on to THE MAZE.


The maze//Image source; google

Benda ni fun! sebab korang kena lalu tunnels, cages in a narrow place. Untuk orang yang badan dia comel and orang tinggi lebih 170 susah sikit haha, #petiteftw! Bila dah sampai on top rehat kejap tangkap tangkap gambar kalau nak barang pun boleh sebab tempat last dia tak sempit dah haha, it become wider.


Then, nak turun korang kena guna slide and tak boleh turun dekat sarang labah2 tu sebab tu untuk naik je haha baguslah, kaki dengan tangan pun tak function dah haha.

So lepas kitaorang habis kan the maze ni, dah pukul 2. Yasssssssssssssssssssssssss that means, the highlight is open!!!!!

Highlight yang dimaksudkan is SKY TRAIL;

Benda ni yang kitaorang tunggu sebab tempat ni sebiji macam skytrex cuma, skytrex udara dia lagi bersih and u can see nature all around you, and yang ni korang nampak manusia dekat sekeliling haha and its 55ft above ground! Sape yang gayat takyah naik pls hahaha. Tapi, syarat nak naik atleast tinggi korang 155cm.

Time tu memang doa doa je crew kat situ bagi. Alhamdulillah dengan muka yang matang ni ceh dia bagi haha. Then, nak pakai clickers and safety and briefing dia dalam 45mins jugak zzzzzzz janji melayu.

Time nak tunggu turn sorang sorang gerak,luckily one of the crew tak tahula sape nama he is friendly than others tanya dari mana and una amik kesempatan tanya gaji kat sini berapa hahahahahaha. Nampak tak mata duitan tu cemana? :D

Tapi sedihnya, takleh bawa apa apa dalam poket and phone kena tinggal dalam locker so no picture T__T.

Kalau nak cakap susah dia, to be honest ni lagi susah dari skytrex!!!!!!!!!!! First course dah guna kaki dengan tangan, and i asked one of the crew to help me haha sedih hidup. Untuk ni, dia ada 23 courses and kalau korang memang tak gagah nak teruskan dia ada 3 shortcuts untuk balik sebab, once you get in there is no turning back thats the risk.

Untuk kumpulan kitaorang, boleh dikatakan kitaorang macam group last jugak and group yang depan kitaorang mostly shortcuts, and abang2 kat situ terus tutup shortcut time kitaorang dah lepas haha, tapi sebab rasa rugi kalau lalu shortcut, husna and i teruskan hati kental beb.

Kental kental, bila sampai dekat course tayar, iFailed hahahaha. Time tu tangan memang dah gave in eventhough abang tu suruh terus jugak, but i insisted taknak, so crew dekat situ tolong lagi for the second time haha, sorry for making things became complicated eh haha.

Bila dah lepas tayar tu, okay courses jadi lagi senang sebab tak guna tangan haha, ni semua sebab power station i lost my energy haha. Tapi lagi satu yang susah kena cycled dekat atas tu, gila betul dah rasa mcm buat performance dekat circus tapi teruskan jugak and jalan punya jalan, sampai pun dekat flying fox eh yeke entah, dia mcam tali lah senang cerita haha.

Habis je benda ni,tengok tengok dah pukul 4 pergh pergh. Terus lari keluar sebab korang boleh re-entry kan. Time ni, dah rasa macam mayat hidup tenaga takda haus semua rasa.

So dah hilangkan dahaga, masuk balik haa time ni baru kitaorang masuk launch pad haha sebab stoking dah tukar! (kenyit mata)

Dekat launch pad ni, dia ada provide basketball net so boleh la yang berimpian nak jadi basketball player tu tapi tinggi tak cukup ha boleh la lompat lompat ikut suka kau haha. Masuk je terlompat-lompat sebab teruja sangat haha. Baring baring, main lumba lari pun boleh. Tapi tak buat backflip aaa tak cukup hebat lagi haha.

Dah bosan lompat, kita naik tube pulak. Tak silap nama dia Tubby ride. Kalau dekat sunway lagoon korang naik tube dekat slide kan, yang ni guna tube tapi dia punya jalan tu macam licin so laju haha seronok tengok budak-budak naik sebab jerit kemain over macam naik roller coaster je kan haha.



Boleh nak naik banyak kali, cuma korang kena naik balik untuk hantar tube tu, ok paling malas haha so naik sekali je. Then, we move on to the second highlights.

Roller glider. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tapi kitaorang takde rezeki nak naik + PENAT. Time kitaorang nak line up tu, dorang tengah recharge battery untuk ride tu and time tu dah pukul 5.30pm and dia tutup pukul 8 so macam LET IT GOOO LET IT GOOOOOOOOOOO


Roller glider// Vid source; youtube


And lagi satu yang kitaorang tak try free fall. Sebab tak takut pun dia macam bungee jumping version budak budak kitaorang macam hekeleh apa barang haha. Lepastu turun tengok mana tempat yg kitaorang belum try and tak ramai orang.

So kitaorang jumpa PUMP TRACK.

Pump track// Image source; google


Dekat sini lah paling malu rasanya hahahahahhahahahahaha tapi abang yang jaga ni super duper friendly!!!!! Hahaha tu yang best.

Pumpu track ni, dia naik basikal tapi jalan dia tu naik bukit, turun bukit and lagi satu korang takleh duduk! Kena berdiri and balance yourself haha. First husna naik, time tengok husna naik, ya Allah macam tak pernah naik basikal, asyik2 terkeluar dari landasan mampu gelak je una sorry eh hahaha.

Bila husna dah habis, turn aku try. Ya Allah nak pakai knee pad dgn elbow pad satu hal, lembap dia takyah cakap, sekali berdiri semua terbuka haha so abang tu yang tolong ikat semua balik maceh bang haha.

Sekali kayuh eksiden, dua kali kayuh pun terkeluar landasan haha time tu muka tu memang tahan malu je haha. Lepastu try lagi kayuh, acah dah stable sekali hamik kau time nak naik bukit terkeluar landasan, menjerit aku haha sampai abang tu beristigfar tengok aku naik basikal hahahaha.

Sabar itu separuh daripada iman bang, sabar eh haha. Maklum lah, dah lama tinggalkan musim basikal ni, sekarang ni orang main penny board je, eh? (not me haha)

Dah habis je main basikal tu, tengok sekeliling, rasa dah puas jom keluar! Hahaha kita pergi makan pulak hehe.

Actually, ada banyak yang kitaorang tak try haha tapi sebab dah rasa puas and tenaga semua takda baik gi makan. So korang yang belum pergi tu give it a try! U wont regret ;)


Totally spies! Hahaha ~(._.~)